Tuesday, January 11, 2011

seloka dib 2 sesi jan 2010

Sediakan payung sebelum hujan,
Beringat-ingat sebelum kena,
Wahai sahabat wahai teman,
Anggaplah ini gurauan saja.

Orangnya segak dan bergaya,
Namanya Adi empunya diri,
Ke sana ke mari membuat kerja,
Maklumlah dia wakil kelas kami.

Abang exco nama glamour,
Tingginya, mengalahkan unta,
Sekali senyum cun gler,
Muhammad Hafzan empunya nama.

Orangnya hensem bukan sembarangan,
Berbaju melayu di hari Jumaat,
Digelar Ewan, nama timangan,
Kelas akaun dia yg paling semangat.

Hitam manis segak sekali,
Sportingnya dia ngn semua perempuan,
Pengakap B, Prsp, Kum, Dib club semua dia sertai,
Itulah Roslan jejaka Kelantan.

Sekali tengok macam mat rempit,
Dua kali tengok Eqmal rupanya,
Kadang-kadang berlesung pipit,
Dialah pengerusi Dib kita.

Penolong ketua, jawatan diberi,
Menjalankan tugas dgn rela hati,
Orangnya lembut ayu sekali,
Itulah Leha empunya diri.

Tengok tuannya baik pula,
Nak kata pendiam tak juga,
Kalau bercerita tiada noktahnya,
Ida Fairuz itulah orangnya.

Bijak pandai anugerah Ilahi,
Orangnya cantik bak puteri,
Siti Sarah nama diberi,
Bila senyum manis sekali.

Berkulit cerah berkaca mata,
Budi bahasanya semua orang suka,
Inilah dia mek Klate kita,
Nik Salmi itulah orangnya.

Afifah nama samara,
Orangnya tinggi, cun juga,
Berkaca mata manis senyuman,
Bila dipuji berserilah dia.


Persis bulan di malam hari,
Suara merdu bak katak puru,
Bila menyanyi mengalahkan Siti,
Namanya Adela, siapa tak tahu.

Di dalam kelas jarang bersuara,
Bimbang terkeluar intan permata,
Nor Halilah gadis selamba,
Dalam dia memendam cita-cita.

Menggelikan hati meriuhkan facebook,
Idea lucu bukan berangan,
Warna oren buatnya tertarik,
Itulah Farhanah gadis Kelantan.

Katanya nota ada,
Bila ditanya, tak faham apa nah?
Gelaran ustazah tuk kawan kita,
Itulah Nurul Basyirah.

S/u Dib jawatan untuknya,
Orangnya cantik banyak bicara,
Itulah dia Suhaini kita,
Bila senyum berserinya dia.

Orangnya tegas berjiwa mulia,
Askar wataniah disertainya,
Tamatnya kelas hilanglah dia,
Kak Ieka pangilan untuknya.

Hepinya teramat sekali bila cuti,
Selalu balik kampong itulah kerjanya,
Fatin Hazwani nama diberi,
Orangnya comel sangat manja.

Orangnya lawa tidak terperi,
Bila berhias mengalahkan mak datin,
Nak tahu personality sebenar tnyalah sendiri,
Hasyimah nama gerangan.

Berkulit cerah cantik sekali,
Kalau bab sukan alahai rajinnya,
Munirah nama pemeri,
Bila dipuji lebar senyumnya.

Kehulu ke hilir sibuk sekali,
Kak Ema empunya diri,
Pisang goreng paling digemari,
Dialah naib pengerusi kelab kami.

Orangnya cantik bukan bunian,
Kalau senyum manisnya ada,
Bila berhias tiada tandingan,
Itulah Lela namanya.

Orangnya kecil sangat manja,
Payungnya pink menahan mentari,
Hazimah itulah orangnya,
Ratu akaun kelas kami.

Jelingan matanya tajam sekali,
Bila senyum menawan juga,
Faziera gadis Kelantan mari,
Kalau ketawa ganasnya ada.

Bila malam suka berjaga,
Tengok facebook tak kelip mata,
Dalam kelas dia lena,
Itulah Surfina kita.

Kecil molek orangnya,
Dalam kelas kuat belajar,
Mulutnya kecil petah berbicara,
Itulah namanya Syamsinar.

Gelak ketawa penghibur hati,
Senang berborak ke sana ke mari,
Dalam kelas kecoh sekali,
Itulah Ain empunya diri.

Nak kata tinggi tak juga,
Orangnya kurus berkaca mata,
Bila bercakap banyaknya ada,
Izyana diberi nama.
Koleksi kasut pelbagai warna,
Orangnya ayu tak banyak bicara,
Itulah Ros namanya,
Bila drive hebat juga.

Filem Hindustan dia senang hati,
Filem korea dia hepi,
Bila senyum mukanya berseri,
Itulah Ida Langkawi mari.

Sampai giliran diri ini,
Lina yang reka semua ini,
Takkan nak kata diri sendiri,
Baik sy berdiam diri.

Kepada semua gerangan nama,
Bukan niat nak mangata,
Untuk mengubat hati yang lara,
Ampun dan maaf jika terasa.


No comments:

Post a Comment