Hari-hari ku terasa hampa
Setelah bayangmu tak pernah lagi ku jamah
Senyum mu tak pernah lagi ku rasa
Tawamu tak dapat lagi ku telan
Kau sakiti hatiku yang tulus mencintaimu
Aku seperti tak bernyawa
Saat kau tinggalkan aku dalam diam
Kesetiaanmu hilang
Merobek jantungku
Kau acuhkan aku tanpa perasaan
Kau buatkan ku teresak-esak
Berderai air mataku
Bak air sungai mengalir tanpa henti
Disaat ku mula mengubur dirimu
Membuang kenangan kita
Kau tiba-tiba hadir
Kembali kepadaku
Seakan salah tak pernah terukir dibenakmu
Namun ku tak kan pernah lagi senyum untukmu
Kerana langit tak selamanya cerah
Malam tak selamanya gelap
Angin tak selamanya memberi kesejukan
Dan kerana aku
Tak selamanya mengharapkan cintamu
*ciknuna =)
No comments:
Post a Comment